flash

Monday, 10 July 2017

PENTINGNYA INSURANS UNTUK KITA







PENTINGNYA INSURANS UNTUK KITA




JENIS-JENIS INSURANS



Insurans Hayat


Insurans hayat adalah perlindungan yang membayar sejumlah wang kepada pemegang polisisekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada pemegang polisi seperti kematian, penyakit, kehilangan upaya dan pembiayaan rawatan hospital. Amatlah penting untuk memiliki insurans terutamanya jika anak atau ibu bapa anda yang telah tua bergantung hidup pada anda. Lazimnya, tempoh perlindungan insurans hayat adalah lebih daripada setahun dan anda mempunyai pilihan untuk membuat bayaran premium secara berkala, sama ada setiap bulan, suku tahun, setengah tahun atau setiap tahun.


Produk utama insurans hayat termasuklah;

Insurans hayat seumur hidup: Polisi ini menawarkan perlindungan sepanjang hayat dan premiumnya dibayar seumur hidup anda. Wang manfaatnya, termasuklah bonus jika ada, akan dibayar setelah sesuatu kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal dialami atau penyakit kritikal dihidapi. Biasanya, premium bagi insurans sedemikian lebih tinggi berbanding insurans bertempoh. Ia juga mempunyai nilai tunai sepanjang tempoh polisi tersebut berkuat kuasa.

Insurans bertempoh: Polisi ini menawarkan perlindungan insurans bagi tempoh terhad sahaja. Wang manfaat dibayar hanya setelah suatu kematian atau sekiranya pemegang polisi mengalami kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal atau menghidap penyakit kritikal semasa tempoh masa polisi berkuat kuasa. Bayaran yang diterima adalah mengikut jumlah yang dipersetujui semasa polisi tersebut dibeli.

Insurans endowmen: Polisi ini menggabungkan perlindungan dan juga simpanan. Ia menyediakan manfaat tunai pada akhir suatu tempoh tertentu atau atas kematian atau kehilangan upaya yang menyeluruh dan kekal. Tempoh polisi ditentukan oleh pembeli. Insurans berkaitan pelaburan: Menggabungkan pelaburan dan perlindungan. Anda boleh memilih jenis dan jumlah pelaburan yang anda inginkan serta jumlah perlindungan insuran hayat yang ingin dimiliki. Jumlah premium adalah fleksibel.

Insurans perubatan dan kesihatan: Polisi yang melindungi kos rawatan perubatan seperti kos rawatan hospital dan kos pembedahan.

Insurans bertempoh gadai janji berkurangan (MRTA): Perlindungan insurans yang meliputi pembayaran balik pinjaman pembelian hartanah tertunggak kepada institusi kewangan sekiranya berlaku kematian, kehilangan upaya atau mengalami penyakit kritikal. Institusi kewangan tersebut akan melepaskan hak milik hartanah kepada anda atau waris anda. Premium cuma dibayar sekali sahaja.

INSURANS AM
Insurans am merupakan polisi insurans yang melindungi anda daripada sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung, selain daripada risiko yang dilindungi insurans hayat. Untuk perlindungan yang menyeluruh, anda perlu memahami risiko yang dilindungi insurans am untuk memastikan anda dan keluarga terpelihara daripada sebarang kejadian yang tidak diduga.
Lazimnya, tempoh perlindungan untuk kebanyakan polisi dan pelan insurans am adalah setahun yang memerlukan ada membayar premium secara sekali gus.

Friday, 7 July 2017

PENGENALAN INSURANS


DEFINISI INSURANS 

Insuran, dalam perundangan dan ekonomi, adalah bentuk pengurusan risiko terutamanya digunakan bagi jaminan terhadap risiko kemungkinan kerugian kewangan. Insuran ditakrifkan sebagai peralihan samarata risiko kemungkinan kerugian, daripada satu entiti kepada yang lain, sebagai pertukaran untuk bayaran dan tugas bagi penjagaan dan difikirkan sebagai satu jaminan dan diketahui kerugian yang kecil untuk mengelakkan satu kerugian yang besar, kemungkinan yang mendatangkan kebinasaan (kemusnahan).



PRINSIP INSURANS



Kadar kerugian mestilah boleh dijangka: Agar dapat menetapkan premium (harga) yang menjamin mestilah mampu menganggar risiko dengan tepat. Sekiranya perlindungan itu unik, pemegang insuran akan membayar premium tinggi yang lebih seimbang. Lloyd's of London seringkali menerima perlindungan unik. (contoh., memberi perlindungan insuran kaki Tina Turner)
Kerugian mesti boleh dijangka pada tahap makro: Pengeluar insurance perlu tahu berapa banyak mereka perlu bayar apabila kejadian yang dilindung berlaku. Kebanyakan jenis insuran mempunyai tahap maksima bayaran, tetapi bukan semuanya ada, terutama insuran kesihatan.

Kerugian mestilah banyak: Prinsip perundangan De minimis menetapkan bahawa perkara remeh tidak dilindungi. Tambahan lagi, pengambil insuran yang rational (rational insurance) menggunakan insuran sedia ada apabila kos transaksi menetapkan bahawa mengisi tuntutan adalah tidak masuk akal.